Thursday 24 September 2015

RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR


  • UMNO telah mengadakan perarakkan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak perarakkan ini tidak dirancang.
  • Orang Melayu berkumpul di Rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato'Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, meraka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.
  • Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadaban ahli parti Gerakkan tersebar dan meluap-luap. Jam 3 petang datang berita kejadian pembunuhan orang melayu disetapak,hanya 2 kilometer dari rumah menteri besar Selangor.
  • 4 petang penunggang motosikal cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van yang membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka telah membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur.
  • Rupa-rupanya orang cina dan pemuda cina ini telah lengkap dengan pelbagai senjata besi,tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama cina.
  • Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan dan semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari renjimen renger lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan di sekitar Kuala Lumpur.


No comments:

Post a Comment