Thursday 24 September 2015

ISU PERKAUMAN DALAM PILIHAN RAYA 1969

  • Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihan raya yang menaikan semangat kaum-kaum di malaysia. Semasa kempen pilihan raya 1969,calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
  • Parti perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC telah mengalami kekalahan yang teruk dalam pilihan raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti perikatan telah kehilangan majoriti 2/3 dalam dewan rakyat.
  • Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokrasi(DAP) dan Parti Progresis Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam dewan rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
  • Sebab terjadinya peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong parti gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment