Thursday 24 September 2015

CONTOH-CONTOH SOALAN RUKUN NEGARA

1. Senaraikan lima prinsip Rukun Negara?

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan


2. Apakah objektif utama Rukun Negara
  • Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat.
  • Memelihara cara hidup demokratik.
  • Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama
  • Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan masing-masing.
  • Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.

3. Berikan 2 tujuan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ditubuhkan?
  • Untuk membasmi kemiskinan
  • Untuk menyatukan semua masyarakat
4. Apakah maksud Rukun Negara?
  • Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia
5. Pada bilakah Rukun Negara dibentuk?
  • Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970

2 comments: