Thursday, 24 September 2015

PUNCA-PUNCA YANG MEMBAWA PERISTIWA 13 MEI 1969

1. LAYANAN BERAT SEBELAH OLEH TENTERA JEPUN


  • Masyarakat Tanah Melayu dilayan secara berbeza-­beza. Masyarakat Cina dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang­-orang Melayu. 
  • Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. 
  • Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang­-orang Melayu dan Cina.


   2. DASAR PECAH & PERINTAH PENJAJAH INGGERIS



  • Mengamalkan konsep pecah dan perintah.
  • Menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
  • Orang-­orang Cina tinggal di bandar­bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan­kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.
  • Orang-­orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.
  • Kegiatan ekonomi orang­-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.
  • Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio­ekonomi mereka tidak seimbang.
   3. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA


  • Sekolah Melayu : Menekankan kemahiran menulismembaca dan mengira sekadar keperluan  peringkat rendah sahaja.
  • Sekolah Cina dan India : Masing­-masing berkiblatkan negeri asal merekamalah buku-buku teks dan guru-­guru yang mengajar juga telah dibawa dari negeri China dan India.
  • Sekolah Inggeris : Hanya dapat dinikmati oleh orang-­orang Cina dan India yang tinggal di bandar-­bandar sahaja.


4.PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK







  •          Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petiratau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya.
  •          Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu.
  •          Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .
  •          Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan.
  •          Maka,PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang­orang Melayu .
  •          Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayusoal bahasamalahan taraf bumiputera orang­-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-­orang MelayuSedangkan segala­galanya telah dipersetujuinya sebelum ini .


5. PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU





  •         PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan .
  •          Mereka mendakwa hak kaum-­kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan .
  •        Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.
  •        Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

6. BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI



  •          Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei .
  •           Berikutan perisytiharan kemerdekaan, Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
  •          Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji     semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan   untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
  •          Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu .
  •          Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan .
  •          Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail


No comments:

Post a Comment