PANGGUNG ODEON
- Pemuda-pemuda cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung panggung odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan telah disiarkan dalam bahasa cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang askar melayu yang tinggal di Sungau Ramal, Kajang.
- Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonoton wayang di odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.
- Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei 1969 itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
- Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di balai polis Kajang dan Cheras.
- Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah Parang Terbang dan memenggal kepala orang Cina.
- Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan PKM.
- Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan " politik " dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak berlaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.
- Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihan raya ( perbezaan politik ) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment