Thursday, 24 September 2015

CONTOH-CONTOH SOALAN RUKUN NEGARA

1. Senaraikan lima prinsip Rukun Negara?

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan


2. Apakah objektif utama Rukun Negara
  • Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat.
  • Memelihara cara hidup demokratik.
  • Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama
  • Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan masing-masing.
  • Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.

3. Berikan 2 tujuan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ditubuhkan?
  • Untuk membasmi kemiskinan
  • Untuk menyatukan semua masyarakat
4. Apakah maksud Rukun Negara?
  • Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia
5. Pada bilakah Rukun Negara dibentuk?
  • Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970

5 PRINSIP RUKUN NEGARA


KESIMPULAN


Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuk Malaysia. Perkara ini amat penting kerana tanpa perpaduan sesebua h negara akan menjadi lemah, sukar  untuk dibangnkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar ataupun pergolakan dalaman negara sendiri. Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Tragedi ini 
telah menyedarkan semua masyarakat Malaysia betapa pentingnya perpaduan dan bersatu padu dengan kehidupan yang aman dan damai serta menghindari segala sifat yang mencurigai antara satu kaum dengan yang lain. Melalui Gagasan 1 Malaysia semua rakyat perlu yakin bahawa 
negara ini adalah milik bersamaSetiap rakyat tanpa mengira kaum,agama dan budaya mempunyai hak dan kepentingan bersamaPenghayatan Rukun Negara oleh semua rakyat negara ini akan dapat mewujudkan satu negara bangsa yang berjiwa Malaysia

MEMPERKENALKAN RUKUN NEGARA





  • Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran berlakunya peristwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
  • Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN dan badan yang bertangunggujawab di atas penggubalannya ialah Majlis Perundingan Negara (MAPEN).
  • Telah dicetuskan pada 27 Januari 1970

OBJEKTIF RUKUN NEGARA




  • Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat.
  • Memelihara cara hidup demokratik.
  • Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama.
  • Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan masing-masing.
  • Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.


PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA


























  

DASAR EKONOMI BARU ( DEB )


  •         Diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. 
  •         Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan.
  •         Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaumkaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum­kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. 
  •         Dasar Ekonomi Baru (DEB) dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. 
  •         Rancangan­-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:  
                           - Untuk membasmi kemiskinan.

                          - Untuk mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat.  

    PENYUSUNAN SEMULA POLITIK

    •         Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. 
    •         Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. 
    •         Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik. 
    •         Tujuan :
                       - Untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971.  
                       - Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum. 

      
                                                    


    PEMBENTUKAN MAJLIS MUHIBAH

    •        Ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN.  
    •        Diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. 
    •        Diadakan di setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. 
    •        Bertujuan untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia. 
    •        Berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan  pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulih kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.  

    MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA ( MAPEN )


    •       Ditubuhkan pada bulan Januari 1970.
    •        Dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak
    •        Tujuannya adalah untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia.
    •        Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-­wakil:  
                  a) Menteri­-menteri yang menganggotai MAGERAN. 

                          b) Kerajaan-­kerajaan Negeri.

                          c) Parti­-parti Politik.  

                          d) Sabah dan Sarawak.  

                          e) Kumpulan-­kumpulan Agama.  

                          f) Badan­-badan Profesional.  

                          g) Perkhidmatan Awam.  

                          h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan.  

                          i) Wartawan.  

                          j) Persatuan Guru-­guru.  

                          k) Kumpulan Minoriti.  

    •        Fungsi utama  Majlis Perundingan Negara ini 
            - Untuk meneliti isu-isu perpaduan negara
            - Mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. 
    •       Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia.  

    MAJLIS GERAKAN NEGARA ( MAGERAN )


    • Diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abdul Razak.           
                                     
      • Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-­pegawai kanan kerajaan dan pegawai pegawai tinggi polis dan tentera. 
      • Antaranya ialah Tun Dr.Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie,Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.
      • Fungsi utama MAGERAN ini ialah: 
      1. Mengembalikan keamanan dan undang-­undang negara.
      2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.  
      3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara  kaum di Malaysia.  
      • Dengan wujudnya MAGERAN, maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada  MAGERAN. 
      • Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.  

      MENGISYTIHARKAN DARURAT

      •   Telah mengistiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara.
      •        Tujuan :
             -Untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal

                   -Untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat                          bertenang  dan berfikir secara rasional tindakan mereka.           -Untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam            masa yang singkat

      USAHA SEGERA YANG DILAKUKAN UNTUK PERPADUAN


      •MENGISYTIHARKAN DARURAT

      •MEMBENTUK MAJLIS GERAKAN NEGARA ( MAGERAN)

      •MENUBUHKAN MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA (MAPEN)

      •PEMBENTUKAN MAJLIS MUHIBAH

      •PENYUSUNAN SEMULA POLITIK

      •MEMPERKENALKAN RUKUN NEGARA

      CONTOH-CONTOH SOALAN PERISTIWA 13 MEI 1969

      1. Berikan 4 punca-punca yang berlakunya peristiwa 13 Mei 1969?

      • Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun
      • Dasar pecah dan perintah penjajah Inggeris
      • Latar belakang pendidikan yang berbeza
      • Pertelingkahan parti politik


      2. Berikan 3 usaha segera yang dilakukan untuk perpaduan?

      • Mengisytiharkan darurat
      • Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
      • Memperkenalkan Rukun Negara


      3. Apakah tujuan kerajaan mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara?

      • Untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal.
      • Untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka.
      • Untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat.


      4. Apakah fungsi utama Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN )?

      • Menentukan pentadbira yang licin
      • Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara
      • Mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia


      5. Apakah fungsi utama Majlis Perundingan Negara (MAGEN)?

      • Untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum.
      • Bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia.

      TRAGEDI PERISTIWA 13 MEI 1969



      KESIMPULAN



      Peristiwa 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaun yang menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi sosial. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja. Selepas perisiwa ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara bagi memulihkan sistem sosio-ekonomi negara dan perpaduan penduduk. Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia. Dalam peristiwa ini apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya.

      PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969

      1. Kehilangan Nyawa dan Harta Benda 
      • Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorbankejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara-mara dan kaum keluarga yang terlibat
      2. Perintah Berkurung 
      • Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 , kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika ituIni membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaansusah berinteraksi dan saling berhubungan.
      3. Keuntungan Kepada Musuh-­Musuh Negara
      • Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa  mengambil kesempatan dan peluang untuk memecahbelahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak amanhuru-hara dan rakyat yang berbilang  kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuas hati dengan isuisu yang sensitif terutama isu perkauman .antara kaumSelain itusegala aktiviti harian masyarakat tersekat.
      4. Perpaduan Nasional
      • Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat bersangka baik antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat­menghormati, bertolak ­ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum, agama, budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei   1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu­isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini .Oleh itu, kaum-­kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat.   Pendek katatanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.
      5. Keadilan Ekonomi 

      • Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja. Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa majaroti penduduk Bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu didalam masyarakat Malaysia,khususnya masyaraka Bumiputra.Untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar. Oleh itu selepas 13 Mei,satu dasar pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB), telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang yang mempunyai dua objektif utama iaitu :    
                (i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum,                                                                                      (ii) Menyusun semula masyarakat,   


      • Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain. Sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.

      PUNCA-PUNCA YANG MEMBAWA PERISTIWA 13 MEI 1969

      1. LAYANAN BERAT SEBELAH OLEH TENTERA JEPUN


      • Masyarakat Tanah Melayu dilayan secara berbeza-­beza. Masyarakat Cina dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang­-orang Melayu. 
      • Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. 
      • Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang­-orang Melayu dan Cina.


         2. DASAR PECAH & PERINTAH PENJAJAH INGGERIS



      • Mengamalkan konsep pecah dan perintah.
      • Menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
      • Orang-­orang Cina tinggal di bandar­bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan­kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.
      • Orang-­orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.
      • Kegiatan ekonomi orang­-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.
      • Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio­ekonomi mereka tidak seimbang.
         3. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA


      • Sekolah Melayu : Menekankan kemahiran menulismembaca dan mengira sekadar keperluan  peringkat rendah sahaja.
      • Sekolah Cina dan India : Masing­-masing berkiblatkan negeri asal merekamalah buku-buku teks dan guru-­guru yang mengajar juga telah dibawa dari negeri China dan India.
      • Sekolah Inggeris : Hanya dapat dinikmati oleh orang-­orang Cina dan India yang tinggal di bandar-­bandar sahaja.


      4.PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK







      •          Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petiratau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya.
      •          Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu.
      •          Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .
      •          Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan.
      •          Maka,PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang­orang Melayu .
      •          Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayusoal bahasamalahan taraf bumiputera orang­-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-­orang MelayuSedangkan segala­galanya telah dipersetujuinya sebelum ini .


      5. PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU





      •         PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan .
      •          Mereka mendakwa hak kaum-­kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan .
      •        Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.
      •        Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

      6. BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI



      •          Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei .
      •           Berikutan perisytiharan kemerdekaan, Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
      •          Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji     semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan   untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
      •          Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu .
      •          Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan .
      •          Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail