Thursday, 24 September 2015

CONTOH-CONTOH SOALAN RUKUN NEGARA

1. Senaraikan lima prinsip Rukun Negara?

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan


2. Apakah objektif utama Rukun Negara
  • Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat.
  • Memelihara cara hidup demokratik.
  • Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama
  • Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan masing-masing.
  • Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.

3. Berikan 2 tujuan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ditubuhkan?
  • Untuk membasmi kemiskinan
  • Untuk menyatukan semua masyarakat
4. Apakah maksud Rukun Negara?
  • Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia
5. Pada bilakah Rukun Negara dibentuk?
  • Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970

5 PRINSIP RUKUN NEGARA


KESIMPULAN


Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuk Malaysia. Perkara ini amat penting kerana tanpa perpaduan sesebua h negara akan menjadi lemah, sukar  untuk dibangnkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar ataupun pergolakan dalaman negara sendiri. Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Tragedi ini 
telah menyedarkan semua masyarakat Malaysia betapa pentingnya perpaduan dan bersatu padu dengan kehidupan yang aman dan damai serta menghindari segala sifat yang mencurigai antara satu kaum dengan yang lain. Melalui Gagasan 1 Malaysia semua rakyat perlu yakin bahawa 
negara ini adalah milik bersamaSetiap rakyat tanpa mengira kaum,agama dan budaya mempunyai hak dan kepentingan bersamaPenghayatan Rukun Negara oleh semua rakyat negara ini akan dapat mewujudkan satu negara bangsa yang berjiwa Malaysia

MEMPERKENALKAN RUKUN NEGARA





  • Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran berlakunya peristwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
  • Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN dan badan yang bertangunggujawab di atas penggubalannya ialah Majlis Perundingan Negara (MAPEN).
  • Telah dicetuskan pada 27 Januari 1970

OBJEKTIF RUKUN NEGARA




  • Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat.
  • Memelihara cara hidup demokratik.
  • Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama.
  • Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan masing-masing.
  • Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.


PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA


























  

DASAR EKONOMI BARU ( DEB )


  •         Diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. 
  •         Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan.
  •         Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaumkaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum­kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. 
  •         Dasar Ekonomi Baru (DEB) dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. 
  •         Rancangan­-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:  
                           - Untuk membasmi kemiskinan.

                          - Untuk mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat.  

    PENYUSUNAN SEMULA POLITIK

    •         Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. 
    •         Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. 
    •         Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik. 
    •         Tujuan :
                       - Untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971.  
                       - Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum. 

      
                                                    


    PEMBENTUKAN MAJLIS MUHIBAH

    •        Ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN.  
    •        Diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. 
    •        Diadakan di setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. 
    •        Bertujuan untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia. 
    •        Berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan  pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulih kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.